3.0 PEMBENTUKAN KATA
Bidang
pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks
Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah unsur-unsur bahasa sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan
dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat
empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu, bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan
daripada sudut prosesnya. Selalunya, pembentukan satu-satu perkataan itu adalah
melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.
Kata
tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami
sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar,
teks, masyarakat dan yu.Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut
terdiri daripada pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh
mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.
Kata akronim
juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang
terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf
dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan
sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek),
Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar
rancak).
Kata
terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata
dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu imbuhan awalan, yang
hadir sebelum kata dasar, imbuhan akhiran, yang hadir sesudah kata dasar,
imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan
akhir kata dasar, dan imbuhan sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
Imbuhan-imbuhan
tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan
kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan
tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya,
membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu -an,
-wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula
ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran -kan dan -i. Jumlah apitan
juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an,
dan peR-…-an yang membentuk kata nama, dan meN-…-kan, beR-...-kan,
meN-…-kan, meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.
Kata majmuk
ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit.Contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
Bentuk
kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami
pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa
atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu
kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna
pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada
kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata
dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan kata
gandanya terletak pada bahagian hadapan
kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu juga mengalami proses pelemahan,
menjadikannya vokal (e) pepet. Misalnya, laki kepada laki – laki dan kemudian
kepada lelaki.
Penggandaan
separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan pula hanya menggandakan
kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, serta berlaku hanya pada kata kerja
dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di
bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari
atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.
Penggadaan
berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini
berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus.
Melalui pengulangan konsonan pula misalnya
simpang-siur dan mandi-manda.
3 .1 PROSES PEMBENTUKAN KATA
Pada
umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan
bentuk- bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami
sebarang proses penggandaan dan perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga
tidak menerima sebarang penambahan imbuhan pada katanya sama ada imbuhan
awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.
Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada
beberapa jenis kata tunggal seperti kata tunggal satu suku kata, kata tunggal
dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata tunggal empat suku kata
dan lebih.
Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh
diperluaskan atau dikembangkan membentuk kata terbitan setelah kata tunggal
menerima proses pengimbuhan, proses
penggandaan dan proses pemajmukan.
Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata
boleh terdiri daripada satu vokal (V) disertai satu konsonan (K), satu vokal (V)
sahaja atau satu vokal (V) dengan beberapa konsonan (K).
Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa
konsonan sama ada hadir di hadapan dan di belakang vokal atau secara serentak
di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan yang boleh hadir secara
bergugus (KK).
BENTUK KATA MAJMUK
|
|||||||||||
Proses
pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.
Dalam bahasa
Melayu bentuk kata majmuk seperti ini jumlahnya adalah besar. Berdasarkan
jenisnya, kata majmuk dapat pecahkan kepada tiga kelompok, iaitu seperti yang
berikut:
|
|||||||||||